Bob Yusof kecewa lagu Melayu Asli, tradisional dipinggirkan - Utusan Malaysia

Bob Yusof kecewa lagu Melayu Asli, tradisional dipinggirkan

SHAH ALAM 9 OKTOBER 2022 - Peserta, Bob Yusof membuat persembahan pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza 9 di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: ALIFF UTUSAN / SAIRUL KOSMO HIBURAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Bob Yusof, 41, mencadangkan stesen radio dan televisyen tempatan agar lebih kerap memutarkan serta menyiarkan lagu Melayu Asli dan tradisional menerusi platform masing-masing.

Kata Bob, langkah itu perlu bagi memastikan lagu genre tersebut tidak pupus ditelan zaman.

“Saya kecewa dengan sambutan lagu Melayu Asli dan tradisional di platform arus perdana yang pada saya, semakin dipinggirkan dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Saya yakin lagu ini masih mendapat sambutan dan mempunyai kelompok peminat yang ramai. Setiap kali membuat persembahan, pasti ada penonton yang meminta saya membawakan lagu genre itu.

“Saya harap stesen radio dan televisyen dapat memberi perhatian kepada perkara ini. Berikan ruang dan peluang untuk lagu asli serta tradisional diperdengar dan disiarkan di platform mereka,” katanya.

Naib Juara Gegar Vaganza musim ke-9 itu juga berharap, penggiat lagu Melayu Asli dan tradisional, sama ada baru atau lama diberikan lebih banyak peluang untuk menyerlah di persada seni.

“Kita ada barisan penggiat lagu tradisional dan asli generasi muda seperti Hazra Dollah, kumpulan Alun Tradisi, Rojer dan ramai lagi.

“Tetapi, mereka tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk menyerlah, malah lagu mereka juga jarang diputarkan radio.

“Saya harap penyanyi seperti ini diberi peluang sewajarnya untuk berkarya kerana mereka adalah generasi yang akan menentukan kelangsungan lagu asli dan tradisional di negara kita,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya