Bermula untuk keluarga, kini berniaga ikan rebus - Utusan Malaysia

Bermula untuk keluarga, kini berniaga ikan rebus

NOR Hidayah Abdul Moin (dua dari kanan) bersama pekerja menunjukkan ikan rebus yang sudah siap diproses di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah, Seberang Perak di Pasir Salak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Bermula sekadar untuk makan-makan bersama keluarga, kini ikan rebus menjadi perniagaan buat seorang wanita di Felcra Changkat Lada Seberang Perak, di sini.

Malah Nor Hidayah Abdul Moin, 43, mempunyai bengkel memproses ikan rebus di Fasa 5, Jalan Pekeliling, Felcra Changkat Lada di Kampung Gajah, Seberang Perak yang diusahakan sejak 15 tahun lalu.

Menurutnya, dia tidak menyangka daripada minatnya memproses ikan rebus untuk dimakan bersama keluarga kini menjadi punca pendapatan.

“Saya memang minat memproses ikan rebus daripada ikan yang saya beli di kedai, pada masa itu saya buat hanya untuk keluarga sendiri sahaja.

“Namun lama-kelamaan timbul minat untuk ikan rebus yang saya proses dikomersialkan. Saya tidak sangka perniagaan saya mendapat sambutan dan alhamdulillah setelah 15 tahun, perniagaan saya semakin maju,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dia memulakan langkah awal berniaga ikan rebus siap diproses dengan memohon pinjaman modal perniagaan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Pertanian, Felcra dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Katanya, di peringkat awal perniagaannya mendapat sambutan dan terus mengembangkan lagi perniagaannya.

“Saya memulakan perniagaan pada 2008. Ketika itu saya hanya boleh jual 30 kilogram sehari, pelanggan pun tidak ramai namun lama-kelamaan sehingga hari ini jualan mencecah antara 300 dan 500 kilogram sehari, bergantung kepada tempahan,” katanya.

Menurutnya, tempahan meningkat pada musim cuti sekolah dan ada juga tempahan untuk katering majlis kenduri perkahwinan.

“Pelanggan yang datang tahu kualiti ikan rebus yang saya proses kerana ikan dibuang isi perutnya terlebih dahulu selain dibersihkan sebelum direbus.

“Ikan rebus yang saya proses mendapat permintaan hingga dari Kuala Lumpur, Pahang, Teluk Intan dan Manjung,” katanya.

Norhidayah berkata, dia bercadang untuk membuka satu lagi bengkel di mana-mana bengkel di bawah agensi kerajaan supaya perniagaannya dapat berkembang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya