Beratur 2 jam pemeriksaan imigresen tidak masuk akal - MOTAC

Beratur dua jam pemeriksaan imigresen tidak masuk akal – MOTAC

TIONG King Sing meninjau situasi barisan yang beratur untuk melalui pemeriksaan imigresen di KLIA,. - GAMBAR IHSAN MOTAC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengulangi desakan supaya isu prosedur pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 diatasi segera.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, isu berkenaan perlu diselesaikan bagi mengelak imej Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tercalar.

Beliau berkata, ketibaan pelancong ke negara ini yang ‘disambut’ dengan perlu beratur selama dua jam untuk pemeriksaan imigresen, amat tidak masuk akal.

“Kami terima banyak aduan daripada pelancong yang tiba di KLIA yang terpaksa beratur berjam-jam untuk pemeriksaan.

“Saya meninjau sendiri situasi itu semalam dan mendapati barisan yang beratur untuk melalui pemeriksaan imigresen masih panjang,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan isu ketidakcekapan ini yang menyebabkan pintu masuk tersekat serta menganggu laluan akibat terlalu ramai pelancong yang beratur.

King Sing berkata, jika Malaysia ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan yang berdaya saing, masalah itu perlu diselesaikan segera.

Menurutnya, kelewatan pemeriksaan imigresen di KLIA ini secara tidak langsung menunjukkan sistem atau prosedur yang digunakan oleh jabatan berkaitan agak lapuk dan ketinggalan zaman.

“Pembukaan kaunter satu barisan dilihat tidak kompeten, ketinggalan zaman dan membazirkan ruang berbanding dua barisan.

“Purata dua hingga tiga minit untuk melengkapkan pelepasan imigresen dianggap sangat tidak cekap berbanding 30 saat yang diperlukan oleh sistem pelepasan yang lain,” katanya.

“Sistem pengecaman wajah yang digunakan Jabatan Imigresen juga perlu diperluas kepada semua pelawat antarabangsa, bukan sahaja terhad kepada mereka yang mempunyai pas jangka panjang bagi memudahkan proses pelepasan,” katanya.

Katanya, penguasaan dalam pelbagai bahasa juga harus menjadi pertimbangan pihak berkuasa kerana tidak semua pelancong asing mahir berbahasa Inggeris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya