Belum habis Famili Duo, Sissy Imann dapat tawaran berlakon

Belum habis Famili Duo, Sissy Imann dapat tawaran berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sissy Imann, 28, memberitahu dia belum memikirkan soal jodoh dan perkahwinan dalam hidupnya kerana sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon.

Bagaimanapun, Sissy memberitahu dia mengidamkan bakal suami yang tidak mempunyai kaitan dengan industri hiburan serta perlu mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapanya terlebih dahulu.

“Sebenarnya kita pun tidak tahu bila jodoh akan tiba tetapi bila sudah pakai baju pengantin secara tidak langsung ia akan menarik aura pengantin itu sendiri. Kalau ikutkan Sissy lebih gemar (jodoh) yang tiada kena mengena dengan industri.

“Siapa pun calonnya mestilah mendapat restu ibu dan ayah terlebih dahulu. Sissy pun sangat rapat dengan ayah jadi kalau mereka setuju baru Sissy akan ikut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian pengantin Rizman Ruzaini di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas penyertaan dalam rancangan realiti Famili Duo, Sissy yang bergandingan dengan sepupunya, Naim Daniel berkata, dia menaruh harapan besar untuk layak sehingga ke minggu akhir.

“Kalau ada rezeki semoga dapat ke peringkat akhir pada minggu kelapan nanti. Selepas Famili Duo, Sissy akan masuk set berlakon kerana sudah mendapat tawaran dalam sebuah drama muzikal,” kongsinya.

Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini pada minggu keenam, program realiti yang disiarkan di TV3 menerima kritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu yang menganggap mereka tidak membawakan lagu itu dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan.

Perkara tersebut menggores hati Sissy yang berpendapat dia tidak lagi disayangi oleh muzik sehingga sanggup membatalkan pelancaran album baharu yang dirakam di London, tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya