Bekas banduan pecah rumah ditahan

Bekas banduan pecah rumah ditahan

HANYAN Ramlan (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dipercayai dicuri suspek dalam kes pecah rumah di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang bekas banduan yang dibebaskan dari penjara kira-kira tiga tahun lalu ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar daerah ini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 40 tahun tersebut diberkas hasil risikan polis susulan menerima rakaman video daripada seorang saksi. 

“Hasil serbuan, kita merampas beberapa barang yang dipercayai dilarikan mangsa daripada rumah yang dipecah masuk, antaranya jam dan gelang tangan, tabung duit serta telefon bimbit. 

“Siasatan lanjut, kita percaya suspek yang sebelum ini melakukan jenayah sama di daerah lain, mula aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar perumahan Kampung Gong Pauh dan Gong Limau sejak Julai tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Hari Bertemu Pelanggan di Balai Polis Ayer Putih, di sini, hari ini. 

Hanyan berkata, suspek yang belum berkahwin itu turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah. 

“Dengan penangkapan suspek, kita percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 19 kes pecah rumah yang berlaku sejak Julai tahun lalu di sekitar daerah ini dengan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM120,000,” katanya. 

Hanyan berkata, suspek ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya