Bekalan telur, ayam kembali pulih mulai bulan ini

Bekalan telur, ayam kembali pulih mulai bulan ini

MOHAMAD Sabu ketika pertemuan dengan FLFAM di MAFS, Putrajaya. - GAMBAR IHSAN MAFS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengeluaran bekalan ayam dan telur akan kembali normal dan mencukupi bagi pasaran tempatan bermula bulan ini. 

Itu jaminan diberikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu ketika pertemuan pada Khamis lalu.

Mohamad menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, jaminan itu diberikan Presiden FLFAM, Tan Chee Hee yang antara lain membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur. 

“Beberapa isu yang dibangkitkan FLFAM dibincangkan bersama termasuk harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat.

“Isu lain termasuk keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup, isu aliran tunai dalam kalangan penternak, jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran.

“FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri tempatan,” katanya.

Katanya, beliau akan terus komited mengadakan libat urus bersama pemain industri bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya