Bantu pengusaha, pemandu bas sekolah - Utusan Malaysia

Bantu pengusaha, pemandu bas sekolah

Bas sekolah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengusaha dan pemandu bas sekolah meminta kerajaan memberikan subsidi kepada mereka sekurang-kurangnya RM1 bagi seliter diesel atau petrol dalam Bajet 2023.

Pemberian subsidi tersebut dipercayai dapat mengelakkan daripada kenaikan tambang dan dalam masa sama memastikan hanya pengusaha berdaftar sahaja dibenarkan beroperasi menghantar dan mengambil murid.

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor Putrajaya Dan Kuala Lumpur (PBSSPKL), Mohd. Haron Mohd. Sidik. berkata kerajaan juga boleh menggunakan pendekatan bas percuma yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak tahun 2017 lagi

“Kerajaan juga boleh menanggung separuh jumlah tambang dan separuh lagi ditanggung oleh pelanggan. Sementara itu mutu perkhidmatan itu juga perlu dinaikkan supaya dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan,” katanya.

Beliau menambah, bantuan mereka juga signifikan dalam memastikan murid dapat ke sekolah setiap hari dengan selamat dan menggalakkan ibu bapa menggunakan perkhidmatan tersebut untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Mohd. Haron turut mencadangkan supaya kerajaan memberikan rebat khas untuk pembelian bas bhaaru dengan kadar faedah pinjaman bank dua peratus atau kurang.

“Kerajaan juga perlu melantik bank-bank tertentu untuk memudahkan permohonan pinjaman pembelian bas. Jika pengusaha itu ada permit bas sekolah yang sah dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), maka pengusaha itu layak untuk meminjam pinjaman bank.

“Pada tahun 2012, APAD ketika menjadi suruhanjaya pernah mewujudkan kemudahan ini dengan rebat RM10,000 dan kadar faedah dua peratus melalui Bank Simpanan Nasional. Ramai pengusaha bas sekolah berpeluang membeli bas sekolah baru ketika itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya