PERKONGSIAN baharu Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai. Apatah lagi, dia bercakap soal berat badan dan usahanya untuk tampil lebih kurus.
Semuanya gara-gara komen negatif yang diterima. “Uyaina semakin berisi.” “Kenapa sudah gemuk?” “Bila nak kurus macam dulu?” Itu antara kecaman dan komen negatif yang harus ditelan pengacara dan pelakon itu.
Hakikatnya, mungkin ada yang buat-buat lupa, dia baru sahaja melahirkan anak secara pembedahan, empat bulan lalu.
Adakah perkongsian baharu Uyaina itu membuktikan semangatnya untuk tampil lebih kurus? Benarkah dia tertekan dengan komen sebegitu?
Adakah dia juga terkena tempias budaya body shaming yang semakin rancak di media sosial? Uyaina, Jawablah!
APA perkembangan kerjaya seni Uyaina, terutama selepas mempunyai anak? Pasti ada pelan dan perancangan berbeza, khususnya dari segi susunan masa?
Buat masa sekarang, saya fokus kepada pengacaraan dahulu. Kalau boleh, bukan kerja yang memerlukan komitmen masa yang lama. Tetapi, saya juga terbuka berlakon jika ada naskhah yang menarik.
Cuma, tawaran itu belum dapat lagi. Rindu juga hendak masuk set penggambaran dan berlakon balik, tetapi biarlah berbaloi dari segi masa dan komitmen. Seronok bila dapat naskhah, pelakon dan pengarah yang hebat.
Melihatkan perkongsian di Instagram, terutama berkaitan berat badan, adakah Uyaina terkesan dengan komen netizen yang mungkin mengaitkan perubahan fizikal Uyaina?
Memang tidak dinafikan, ada komen cakap saya tidak macam dulu lagi, sudah berisi. Memang sedih bila baca. Tetapi, itu juga pembakar semangat saya untuk berusaha mendapatkan semula berat badan dahulu.
Alhamdulillah, walaupun bersalin melalui pembedahan, saya sudah boleh melakukan aktiviti senaman dengan pemantauan doktor. Tidak mudah, tetapi kena buat. Bukan sebab kecaman, sebaliknya demi kesihatan diri.
Untuk ibu di luar sana, kita boleh dengar dan baca apa yang orang cakap tentang tubuh badan kita, tetapi kena kuatkan juga semangat untuk turunkan berat. Paling penting, jaga kesihatan.
Ada juga yang cakap, niat Uyaina turunkan berat badan sekadar untuk kelihatan cantik dan menarik di skrin TV? Bukan untuk kesihatan pun.
Mulut orang kan. Bila kita kurus, cakap begitu. Bila berisi, kecam pula. Saya mahu turunkan berat badan untuk diri sendiri dan keluarga, terutama anak. Saya tidak na kan untuk kerjaya seni juga. Kerjaya saya menuntut saya untuk tampil menarik.
Tetapi kalau cakap kurus untuk cantik sahaja, tidak. Kena ada jadual senaman dan makan yang betul untuk kesihatan.
Benarkah kecantikan dan bertubuh kurus penting untuk menjadi artis sehingga bakat diletakkan pada tempat kedua?
Tidak adil untuk kita hanya melihat pada kecantikan sematamata. Memang rupa paras dan kecantikan penting, tetapi tanpa bakat, ke mana kita akan pergi?
Tidak boleh hendak harap cantik sahaja, kalau mengacara tergagap-gagap dan berlakon pula kayu. Kecantikan penting, tetapi bakat lebih diutamakan.
Saya berpegang apa juga yang kita buat, buktikan kemampuan dan bakat.
Cantik, letak pada nombor dua. Apa yang bawa kita terbang tinggi adalah bakat.
Nampaknya ramai artis turut menjadi mangsa body shaming segelintir netizen. Ia bagaikan trend negatif yang semakin menular. Ada juga menganggap body shaming perkara biasa.
Saya tidak tahu apa masalah mereka yang berasakan seolah-olah berhak untuk bercakap buruk tentang seseorang.
Apa sahaja yang mereka tulis, itu okay. Kenapa nak body shaming orang lain? Nak cakap mereka semakin berisi dan gemuk. Mereka tahu itu.
Tak perlu tekankan secara umum untuk lunturkan semangat orang lain. Apa yang anda dapat? Bahagiakah kecam orang lain? Saya tidak faham.
Perbuatan ini perlu dihentikan segera. Kalau tiada benda baik untuk cakap, diam. Bagi dorongan untuk tampil sihat.
Bukan sekadar kecam, kutuk tetapi tidak membantu apa-apa.