Asyraf Wajdi tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO

Asyraf Wajdi tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti tahun ini.

Keputusan itu dibuat oleh pemimpin berusia 46 tahun itu sebagai mengambil tanggungjawab di atas kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ramai yang menganggap ini ucapan terakhir saya sebagai Ketua Pemuda UMNO. Sebenarnya memang betul, saya mengambil tanggungjawab. Saya mohon maaf di atas kekhilafan dan kesilapan saya serta kegagalan saya memimpin anda semua.

“Saya sudah cuba terbaik untuk bangkit kembali. Saya meletak sepenuhnya pengorbanan, jiwa dan raga selama lima tahun sampaikan isteri dan anak lama tak bercuti.

“Sebab itu, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan saya selaku Ketua Pemuda UMNO. Saya mengambil tanggungjawab ini untuk kita pastikan bahtera parti akan kembali kuat dan dinakhodai orang baharu yang boleh membawa idea segar dan baharu,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini.

Katanya, keputusan itu sebenarnya sudah dibuat pada malam hari mengundi PRU15 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah politik.

“Saya beritahu Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu bahawa saya mahu ambil tanggungjawab secara kolektif. Orang muda sudah tak sokong kita, saluran muda semua kita kalah.

“Jadi, saya kena letak jawatan, tapi presiden dan Perdana Menteri minta tunggu dulu, kena tengok keadaan sama ada boleh gerak ke depan, pemilihan pun tak lama lagi.

“Terima kasih kepada semua sahabat, moga kalian diberi kerahmatan, jangan sesekali putus asa, istiqomah dalam perjuangan, tetapkan pendirian dan pertahankan parti dari apa jua keadaan..kita tetap setia dengan UMNO,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya