Apapun berlaku, Puteri Sarah tetap menantu kami - Yusof Haslam

Apapun berlaku, Puteri Sarah tetap menantu kami – Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Datuk Yusof Haslam memaklumkan, dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail menghormati keputusan menantunya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Syamsul Yusof.

Kata Yusof, beliau dan isterinya memahami penderitaan yang ditanggung Puteri Sarah, sekali gus tidak menghalang keputusan yang dibuat menantunya itu untuk berpisah.

“Saya dan isteri ada memujuk Puteri Sarah, bagaimanapun dia tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Syamsul.

“Sebagai seorang isteri, Fatimah faham perasaan Puteri Sarah yang selama ini menanggung kedukaan. Dia juga menasihatkan saya agar tidak lagi cuba memujuk menantu kami itu dan berlapang dada dengan ketentuan Allah S.W.T.

“Apapun yang berlaku, saya tetap menganggap Puteri Sarah sebagai menantu kami. Anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah tetap cucu kami. Itu yang saya maklumkan kepadanya,” kata Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia , hari ini.

Kata Yusof lagi, dia dan isteri juga mendoakan kebaikan untuk Puteri Sarah dan berharap agar menantunya itu dapat menjalani kehidupan yang tenang dan sempurna.

“Sebagai mentua, kami sentiasa berharap agar ada ruang perdamaian antara Puteri Sarah dan Syamsul. Bagaimanapun, kami sedar perkara itu amat sukar untuk berlaku.

“Saya tidak mahu sentuh soal jodoh sebab kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Kalau Allah SWT mentakdirkan Syamsul berubah dan kembali berbaik dengan Puteri Sarah, kami terima dengan hati terbuka.

“Apapun keputusan yang diambil Puteri Sarah, itu hak dia. Saya dan isteri tetap mendoakan kesejahteraan dan ketenangan dia dan anak-anaknya,” ujarnya.

Selain itu, Yusof juga memberitahu ada meminta Puteri Sarah agar tidak lagi berkongsi perihal rumah tangga di media sosial dan kepada pihak media.

“Beberapa hari lepas, saya menasihatkan kepada Puteri Sarah agar tidak lagi berbuat demikian. Kalau nak bercakap soal rumah tangga, buat di mahkamah.

“Untuk kebaikan dia dan semua pihak, isu ini perlu tidak lagi dikongsikan kepada umum. Saya dan isteri juga enggan mengulas lagi tentang isu dengan Syamsul.

“Orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka tidak tahu hal sebenar. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk, ia perlu tidak lagi diceritakan kepada umum,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Puteri Sarah dilaporkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap Syamsul.

Sarah yang berpakaian serba hitam diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader dengan ditemani dua adiknya.

Kemelut rumah tangga pasangan suami isteri itu meruncing sejak beberapa tahun lalu selepas Puteri Sarah mendedahkan menerima gangguan pihak ketiga.

Konflik memuncak selepas Syamsul, baru-baru ini mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya