Anwar selamat tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari

Anwar selamat tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari

ANWAR Ibrahim disambut mesra oleh Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pada pukul 3.15 petang tadi. - FOTO/PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini pada pukul3.15 petang ini, bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, disambut oleh Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku dimainkan diikuti lagu kebangsaan Brunei, Allah Peliharakan Sultan.

Anwar yang diberi sambutan rasmi turut memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Delegasi Perdana Menteri turut disertai Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Anwar dan isteri kemudian berlepas ke hotel penginapan, sebelum dijadual menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, malam ini.

Esok, Perdana Menteri akan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, bagi mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman dan membincangkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.

Usai pertemuan itu, Anwar akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bakal ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Lembaga Pelaburan Brunei (BIA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya