Anwar mampu cipta magis dalam kepimpinan negara - Utusan Malaysia

Anwar mampu cipta magis dalam kepimpinan negara

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika bersama para pengunjung yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri 2023, di Spice Arena, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mampu mencipta ‘magis’ dalam kepimpinan negara.

Kon Yeow berkata, Anwar yang mempunyai latar belakang dan pengalaman luas dalam politik telah membuka lembaran baharu dalam pembentukan Malaysia Madani.

“Saya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri akan terus menyokong visi dan dasar baharu yang dirumus oleh Perdana Menteri bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara dan negeri.

”Berbekalkan latar belakang dan pengalaman yang beliau ada, kita percaya kepimpinan Perdana Menteri mampu mencipta magis kepada negara,” katanya ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 , di Spice Arena, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Dalam pada itu, menurut Kon Yeow, sambutan hari ini bukan sekadar meraikan Tahun Baharu Cina sebaliknya juga untuk meraikan kepelbagaian sambutan antaranya situasi Covid-19 yang semakin pulih.

”Situasi pada masa ini membolehkan kita kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala, meraikan keadaan ekonomi yang menunjukkan perubahan positif dan lain-lain lagi.

”Kita juga meraikan penglibatan dan penyertaan masyarakat yang aktif dan sentiasa bersama dalam proses pemulihan dan yang paling utama adalah meraikan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri untuk menerajui kepimpinan negara,” katanya.

Tambah beliau, selaras dengan misi dan visi Penang 2030, tumpuan kerajaan negeri masih kekal dalam agenda-agenda pemulihan ekonomi dan sosio ekonomi pasca pandemik Covid-19 tanpa meminggirkan mana-mana pihak di negeri ini.

”Oleh itu, saya ingin mengajak semua pihak baik kerajaan atau swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelbagai organisasi berasaskan komuniti dan seluruh rakyat untuk terus mengekalkan keharmonian serta ikatan perpaduan yang sedia terjalin ini,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, dengan kehadiran tahun arnab atau ‘water rabbit’, ketangkasan, kebijaksanaan, kelincahan serta kepantasan yang menjadi sifat semula jadi haiwan berkenaan menjadi pendorong dan panduan kepada kita untuk meneruskan misi dan visi dalam meletakkan Pulau Pinang di mata dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya