Anjing pengesan digerak siasat punca kebakaran Jakel - Utusan Malaysia

Anjing pengesan digerak siasat punca kebakaran Jakel

Anjing pengesan Jakel
ANJING pengesan dari Unit K9 JBPM Selangor digerakkan untuk menyiasat kebakaran Jakel dekat Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor. - Gambar JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor digerakkan hari ini bagi menjalankan kerja siasatan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran Wisma Jakel, yang berlaku awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, dua ekor anjing pengesan daripada unit tersebut memulakan siasatan ke atas bangunan lima tingkat itu, hari ini.

“Apabila api sudah padam sepenuhnya, barulah unit K9 boleh bertindak melakukan siasatan bagi mengenal pasti sekiranya wujud perbuatan khianat terhadap Wisma Jakel.

“Kita akan cuba siasat sama ada terdapat atau tidak bahan yang mempercepatkan api merebak, yang menyebabkan api merebak di keseluruhan bangunan ini,” katanya.

Menurutnya, pada peringkat awal, anggotanya berjaya memadamkan api bangunan itu, namun terdapat api merebak ke stor penyimpanan barangan jualan yang menyimpan barang mudah terbakar seperti kain, baju, permaidani dan alatan jahitan di tingkat atas.

Jelas Norazam, stor tersebut begitu padat menyebabkan anggotanya sukar untuk menaiki tingkat atas Wisma Jakel dan hal ini mewujudkan risiko keselamatan terhadap anggotanya.

“Kita mengatur strategi dengan Aerial Ladder Platform (ALP), iaitu kita menggunakan mesin tangga yang terdapat pada beberapa jentera bomba bagi memadamkan kebakaran di tingkat atas.

“Berjaya dengan strategi ini, beberapa anggota kemudian masuk dari sebelah kiri dalam bangunan untuk melakukan pemadaman dari dalam dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 3 petang semalam,” ujarnya.

Katanya lagi, pihaknya menjangkakan laporan siasatan kebakaran hari ini dapat diperoleh dalam tempoh sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya