Anggota Rela bantu PGA jaga sempadan dibekal senjata api

Anggota Rela bantu PGA jaga sempadan dibekal senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dikerahkan untuk membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal keselamatan di lima lokasi sempadan negara, bakal dibekalkan dengan senjata api. 

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kelengkapan itu hanya diberikan mengikut keperluan operasi. 

“Memandangkan sekarang ada stor senjata, hanya apabila ada operasi dibuat dan memerlukan penggunaan senjata, anggota Rela boleh mengakses kepada senjata api,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini. 

Saifuddin Nasution berkata, ketika ini langkah untuk meletakkan anggota RELA di sempadan negara masih belum dilakukan lagi.   

Pada 15 Disember lalu, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, seramai 500 anggota jabatan Rela akan digerakkan untuk membantu PGA mengawal keselamatan di lima lokasi sempadan negara daripada diceroboh bermula tahun ini. 

Beliau dilaporkan berkata, tindakan sebagai sambungan kepada projek rintis sebelum ini di mana 90 anggota Rela terbabit dalam penugasan itu sejak November 2020. 

Beliau berkata, anggota terbabit akan ditempatkan di lima sempadan negeri seperti di Sabah, Sarawak, Kelantan, Selangor dan Perlis. 

Untuk itu, selain pengetahuan mengenai undang-undang, anggota terbabit turut dibekalkan senjata api bagi memenuhi cabaran penugasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya