Andika mahu naikkan nama nasyid

Andika mahu naikkan nama nasyid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA sangka bermula dengan pertandingan nasyid di sekolah, akhirnya membuka laluan kepada empat jejaka ini menubuhkan kumpulan Andika.

Ditubuhkan pada Februari tahun lalu, kumpulan yang dibarisi Muhammad Amal Roszaimi, 24, Imtiaz Saudi, 25, Muinuddin Mazlan, 20, dan Muhammad Raziq Mohd. Sabri, 24, mempertaruhkan single berjudul Kembali.

Menurut Amal, mereka mendapat tawaran daripada syarikat rakaman, Rusa Music menubuhkan kumpulan nasyid sebagai pelapis industri muzik.

“Kami pada asalnya adalah pesaing sejak zaman sekolah, melainkan Muinuddin yang merupakan junior saya. Apabila mendapat tawaran tersebut, saya pelawa kawan-kawan lain untuk bersama menggerakkan kumpulan ini.

“Alhamdulillah, kami sudah mempunyai satu single dan akan muncul dengan beberapa produk lain nanti,” katanya.

Jelas Amar, Kembali merupakan ciptaan sepenuhnya vokalis Saujana, Suffian Amrin dan lagu tersebut pernah dipertandingkan ketika Festival Nasyid Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019.

“Lagu itu diolah kembali dalam versi baharu dan kebetulan, ia diperkenalkan ketika Ramadan menjelma.

“Ia menceritakan tentang taubat seorang hamba kepada Yang Maha Esa. Menerusi lagu ini juga, kami berkolaborasi dengan penyanyi, Azzam Shah,” katanya.

OPTIMIS BERJAYA

Mengulas pemilihan Andika sebagai nama pentas, Amal berkata, nama tersebut dipilih oleh Suffian selaku mentor mereka dalam bidang nyanyian.

Katanya, nama yang kedengaran sangat unik itu merupakan frasa Melayu klasik yang bermaksud mulia.

Walaupun masih setahun jagung dalam industri muzik, setiap ahli kumpulan optimis untuk berjaya dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Sekalipun belum berani memberikan komitmen sepenuh masa sebagai penyanyi kerana masih belajar dan mempunyai pekerjaan lain, setiap ahli Andika tetap teguh dalam perjuangan mereka.

Buktinya, Raziq masih menuntut di Fakulti Muzik, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), sekali gus dapat memberi tunjuk ajar kepada ahli lain.

“Semua ahli Andika mempunyai minat yang tinggi dalam bidang nyanyian. Kami membawa misi sama iaitu mahu menaikkan dan memeriahkan kembali industri nasyid.

“Kami masih belajar untuk menghasilkan sendiri lagu dan berusaha mengekalkan identiti nasyid, meskipun aliran industri muzik berdepan pelbagai perubahan.

“Matlamat Andika adalah untuk menghasilkan lagu yang mengetengahkan idea segar kami,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya