Amir Ahnaff tidak khuatir bersaing - Utusan Malaysia

Amir Ahnaff tidak khuatir bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Finalis Hero Remaja 2021, Amir Ahnaff, 21, memaklumkan tidak khuatir untuk bersaing dengan lambakan bakat baharu yang merebut peluang untuk menyerlah dalam industri seni tanah air.

Sebaliknya, pendatang baharu dalam dunia lakonan ini, percaya pada rezeki dan yakin bakat berkualiti boleh menjadikan seseorang pelakon atau penyanyi baharu itu menyerlah dan lebih bertahan.

“Saya percaya kepada rezeki. Bakat dan rupa paras menarik hanyalah bonus.

“Lebih daripada itu, setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri, malah peminat juga punyai citarasa tersendiri,” katanya dalam sidang media drama bersiri Projek: High Council baru-baru ini.

Anak kelahiran Terengganu ini berkata, buat masa ini, dia ingin memanfaatkan bakatnya dalam bidang nyanyian untuk bergelar penyanyi dan pencipta lagu.

“Dahulu saya bergerak dengan sebuah band dan banyak menghasilkan lagu. Bagaimanapun band tersebut sudah berpecah.

“Saya nak bergerak secara solo. Kalau diberi peluang menjadi penyanyi sebab tak mahu terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

“Pada pandangan saya, seorang penyanyi itu dapat bebas berkarya apabila mereka tidak terikat dengan mana-mana label,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya