Aliran minyak dihalang elak LRA henti tugas - Utusan Malaysia

Aliran minyak dihalang elak LRA henti tugas

Minyak
SEORANG petugas LUAS menabur serbuk karbon aktif ke dalam longkang bagi menyekat aliran minyak yang tumpah akibat kemalangan dekat Lebuhraya Elite berhampiran Persiaran Bukit Serenia, di Sepang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi berjaya dihalang daripada henti tugas apabila tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyekat minyak daripada mengalir ke sungai.

Minyak berkenaan dikesan dari sebuah lori yang mengalami kemalangan dekat Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Persiaran Bukit Serenia menuju ke arah Shah Alam, hari ini.

LUAS dalam satu kenyataan memaklumkan kemalangan berkenaan mengakibatkan lori dengan muatan besi terbabit terbakar dan berlaku kebocoran minyak sebelum mengalir masuk ke dalam longkang berhampiran.

“Anggota LUAS bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan kemalangan tersebut bagi memantau kesan insiden tersebut. Justeru, LUAS mendapati Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedikit tumpahan minyak yang masuk ke dalam longkang berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya.

Justeru, tambah kenyataan itu, satu beg karbon aktif (AC) diletakkan dalam longkang tersebut bagi menyekat aliran minyak daripada memasuki sungai berdekatan.

Selain tindakan itu, LUAS memaklumkan Plus Malaysia Berhad (PLUS) turut melakukan tindakan bagi mengelak aliran minyak mengalir ke sumber air berdekatan dengan menabur habuk kayu.

“Tiada risiko henti tugas LRA Bukit Tampoi dan pemantauan rapi terus dilaksanakan oleh pihak LUAS di lokasi pencemaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya