Ahli Parlimen BN ganti Bung Moktar Timbalan Ketua Menteri Sabah

Ahli Parlimen BN ganti Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah

PUSAT pentadbiran negeri Sabah di Menara Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antara lantikan baharu dalam Kabinet Negeri Sabah.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya yang sebelum ini merupakan Menteri Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Shahelmey menggantikan jawatan yang dahulunya dipegang oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau akan turut memegang portfolio sebagai Menteri Kerja Raya.

Pelantikan Shahelmey, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu susulan rombakan Kabinet Negeri yang dilakukan hari ini.

Rombakan itu dilakukan selepas Bung Moktar bersama 12 ADUN BN lain menarik sokongan daripada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah pada Jumaat lalu.-

 

SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN SABAH 2022

*Ketua Menteri – Datuk Seri Panglima  Hajiji  Noor 

*Timbalan Ketua Menteri l merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan – Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan 

*Timbalan Ketua Menteri ll merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya – Datuk Ir. Shahelmey Yahya

*Menteri Kewangan  – Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun 

*Menteri Pembangunan Luar Bandar  – Datuk Jahid  Jahim 

 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Dr.  Mohd Arifin Mohd Arif

– Menteri Belia dan Sukan – Datuk Ellron Angin  Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat – Datuk James  Ratib 

* Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar -Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew 

* Menteri Pembangunan Perindustrian – Phoong Jin Zhe

 

 

 

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya