Agong solat Jumaat di Masjid Abu Bakar Tanah Rata, Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Agong solat Jumaat di Masjid Abu Bakar Tanah Rata, Cameron Highlands

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersalam dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata di Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 1.25 tengah hari di masjid tersebut disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘ Integriti dalam Pekerjaan’  disampaikan oleh Kadi Cameron Highlands, Mohd Khalil Mohd Zari Al- Hafiz dan beliau turut mengimamkan solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman dengan jemaah dan mengurniakan sumbangan berbentuk barang makanan kepada 61 orang asnaf di pekarangan masjid berkenaan.

Baginda berangkat meninggalkan masjid berkenaan pada pukul 2.30 petang.

Petang ini, baginda meninjau kawasan banjir dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Baru Kampung Raja di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN