Ada usaha mahu sekat kritik pemimpin UMNO?

Ada usaha mahu sekat kritik pemimpin UMNO?

SYED MOHD. SYED NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan Pendidikan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Syed Nasir mendakwa, terdapat usaha untuk ‘mendiamkan’ dirinya daripada terus membuat kritikan terhadap pemimpin tertinggi UMNO.

Menurut beliau, peringatan itu diterima daripada pemimpin pergerakan Pemuda UMNO di beberapa bahagian Johor dan memintanya supaya berhati-hati kerana ada dalam kalangan mereka sedang merancang untuk melaporkan kesemua kritikannya kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO.

Sedangkan, kata Syed Mohd, beliau hanya orang muda biasa dan ahli Pemuda yang tiada jawatan di peringkat cawangan mahupun bahagian.

“Apatah lagi, Presiden UMNO sudah meletakkan komitmen bahawa beliau menerima dengan hati terbuka terhadap apa jua kritikan radikal dalam kalangan ahli terutamanya orang muda.

“Rakyat akan menilai tindakan-tindakan pemimpin Pemuda sebegini kerana terlalu menjaga diri mereka demi bertanding pada pemilihan akan datang. Mereka takut digantung oleh Presiden kerana bersuara menyampaikan pandangan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Mohd. berkata, beliau bersedia mendedahkan bahagian mana yang membuat gerakan untuk menutup kebebasan bersuara ahli akar umbi.

Katanya, mereka itu adalah orang yang sama menganiaya bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali sehingga beliau meletakkan jawatan dan kini menyertai Pas.

“Persoalannya, sampai bila suara kita sebagai anak muda perlu disekat begini, dihina pandangan dan diugut supaya dipecat dan digantung, sedangkan kritikan-kritikan ini demi kebaikan parti dan mengembalikan perjuangan UMNO yang asal.

“Sekiranya benar Lembaga Disiplin UMNO mahu menyekat kebebasan saya sebagai ahli parti melalui laporan yang dibuat, maka benarlah demokrasi dalam UMNO sudah mati,” katanya.

Sebelum ini, Syed Mohd. lantang mengkritik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menggesa agar Presiden UMNO itu melepaskan jawatannya kerana prestasi buruk UMNO-Barisan Nasional (BN) semasa PRU15. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya