5 ADUN UMNO gesa Bung Moktar letak jawatan

5 ADUN UMNO gesa Bung Moktar letak jawatan

Bangunan UMNO Sabah di Kota Kinabalu-UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Bung Moktar Radin meletakkan jawatan serta-merta.

Perkara itu dituntut melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya, Datuk Janish Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Dalam kenyataan bersama itu mereka memaklumkan terkilan dan kesal kerana Sabah serta rakyat sekali lagi diheret dalam krisis politik disebabkan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut lima ADUN tersebut, mereka terkejut dengan tindakan pihak beberapa pihak terutama Bung Moktar kerana berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yang sah.

“Sesungguhnya kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan dengan ini kami mendesak agar beliau (Bung Moktar) meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dengan serta-merta kerana tindakan tersebut mencemarkan nama baik parti.

“Kami dengan ini mengisytiharkan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri yang sah di sisi perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ADUN Barisan Nasional (BN) Sabah sebulat suara menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta.

Malah, BN Sabah juga dilaporkan akan mengenakan tindakan disiplin terhadap lima Ahli ADUN parti itu yang mengambil tindakan bertentangan dengan keputusan parti iaitu menyatakan sokongan kepada Hajiji.

Sementara itu, menerusi kenyataan tersebut mereka berharap kemelut politik yang terjadi di negeri bawah bayu itu buat kali kedua berakhir dengan segera.

“Sepertimana juga aspirasi rakyat Sabah, kami mahukan kestabilan politik yang telah wujud selama ini dikekalkan dan menolak sebarang percubaan atau tindakan oleh mana-mana pihak yang ingin menimbulkan kekacauan dan keresahan rakyat,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya