4B bidas Wan Saifulruddin cuba eksploit isu kantin sekolah

4B bidas Wan Saiful cuba eksploit isu kantin sekolah

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gerakan Belia 4B Malaysia menyelar Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana dilihat cuba mengeksploitasi isu harga makanan mahal di kantin sekolah ketika ini.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Nazri Abdul Latiff berkata, tindakan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyalahkan Menteri Pendidikan sebagai pelik.

“Selama 32 bulan jawatan menteri berkenaan diisi wakil daripada Bersatu, mengapa tiada pun langkah diambil untuk menangani isu tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Kelmarin Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyelar Fadhlina Sidek kerana tidak kompeten dengan dilabel sebagai menteri kayangan apabila gagal merasai kesusahan murid miskin.

Malah Wan Saifulruddin menyifatkan kenaikan harga makanan di kantin sekolah ekoran kelemahan Kerajaan Perpaduan dalam menguruskan kos bahan mentah tinggi di pasaran.

Mengulas lanjut, Mohd. Nazri menganggap kenyataan angkuh dari pemimpin Bersatu itu seperti membuka pekung di dada kerana isu ini sudah lama berlaku lebih dua tahun lepas.

Ironinya, tiada tindakan tuntas yang dapat diselesaikan pun oleh menteri ketika itu, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin kecuali hanya mampu bercakap dan meninjau kantin sekolah.

“Adakah tujuan sebenar kenyataan itu diterbitkan hanya sebagai helah bagi ‘melarikan’ diri daripada tanggungjawab dipegang menteri sebelum ini yang gagal bertindak,” soalnya.

Justeru 4B katanya, menggesa pihak kementerian berkenaan meneliti isu tersebut kerana apa yang terjadi seperti cubaan sabotaj daripada pihak tertentu menaikkan kos makanan.

Sehubungan itu, 4B tegasnya, meminta Fadhlina mengenal pasti operator kantin sekolah yang mesra rakyat bagi mewujudkan suasana sistem pengurusan lebih telus dan efektif.

Bahkan tindakan Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia mahu berjumpa pihak kementerian membuktikan yang Wan Saifulruddin seperti hendak mengeruhkan keadaan.

“4B juga menyangkal kenyataan beliau itu yang mendakwa konon harga makanan naik 50 peratus kerana apa yang berlaku lonjakan adalah kecil bagi menampung kos,” katanya.

Mohd. Nazri bahkan memberi contoh bahawa bukan semua menu menyaksikan kenaikan harga tetapi hanya hidangan yang tertentu dan selebihnya masih lagi kekal seperti biasa.

Walau bagaimanapun beliau melahirkan kehairanan kenapa baru sekarang isu itu mula ditimbulkan balik dan menyalahkan Kementerian Pendidikan kerana konon tidak responsif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya