475 saman dikeluarkan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 - Utusan Malaysia

475 saman dikeluarkan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023

FISOL Salleh ketika membuat tinjuan Op Motosikal sempena sambutan ambang tahun baharu 2023 di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 475 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan semalam di seluruh negeri itu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, selain saman polis turut menyita 33 buah motosikal kerana melanggar pelbagai peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

”Op Ambang Tahun Baru ini menumpukan kepada pemeriksaan kenderaan dan mengambil tindakan tegas terhadap penunggang motosikal bagi membendung kegiatan samseng jalanan.

”Polis mengambil tindakan menyita 33 motosikal yang melakukan kesalahan mengubah suai motosikal secara berlebihan dan mengeluarkan 457 saman terhadap pemilik kenderaan,” katanya ketika membuat tinjuan Op Motosikal di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Menurut Fisol, operasi yang dijalankan bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kegiatan samseng jalanan bagi memastikan ambang tahun baharu di Pulau Pinang tidak dicemari dengan kegiatan lumba haram,” katanya.

Tambah beliau, pada tahun ini, polis Pulau Pinang akan menumpukan usaha untuk membendung kegiatan samseng jalanan dalam kalangan pengguna motosikal.

“Dalam operasi malam tadi, kita dapat lihat pengguna motosikal melakukan modifikasi terhadap motosikal masing-masing, ada yang tayarnya lebih kecil dan sebagainya.

”Kita akan menjalankan operasi dengan lebih menyeluruh tahun ini dan akan turut membuat operasi ke atas bengkel-bengkel motosikal yang disyaki menjadi lokasi pemilik motosikal menjalankan modifikasi,” katanya.

Tambah beliau, Pulau Pinang juga akan menjadi negeri model pada tahun ini dalam usaha membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan menerusi pelbagai operasi pencegahan dan sebagainya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya