41 pegawai, anggota IPD Klang Utara kena tatatertib - Utusan Malaysia

41 pegawai, anggota IPD Klang Utara kena tatatertib

pegawai tatatertib
S. Vijaya Rao memberikan penghargaan kepada pegawai dan anggota pada perhimpunan bulanan IPK Klang Utara di Balai Polis Kapar, Klang, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seramai 41 pegawai dan anggota Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, diambil tindakan tatatertib termasuk dibawa ke muka pengadilan apabila terlibat dengan isu integriti, disiplin serta jenayah sepanjang 2022.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, jumlah tersebut melibatkan 17 kertas siasatan tatatertib dibuka melibatkan pegawai dan anggotanya termasuk salah laku berkaitan dadah.

“Bagaimanapun, jumlah tersebut kurang daripada 10 peratus berbanding jumlah keseluruhan kekuatan pegawai dan anggota di IPD Klang Utara dan kebanyakan kes melibatkan masalah disiplin dengan tindakan tatatertib dalaman.

“Cuma penglibatan dalam dadah tak banyak dalam dua ke tiga kes sahaja, dua kes pemerasan dan satu kes melibatkan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan IPD Klang Utara, hari ini.

Tambah beliau, pegawai dan anggota yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah boleh dibuang kerja, kini terdapat kes berkaitan dadah oleh mereka sedang dibicarakan.

“Untuk dadah, apabila disabitkan di Mahkamah, pasukan kami tidak berkompromi dengan pengambilan dadah. Ada sabitan dalam mahkamah, secara automatik kita buang kerja.

“Sama ada dadah ataupun jenayah pun sama. Mesti ada sabitan di mahkamah, kalau tak ada ia akan masuk kepada tatatertib dalaman sama ada denda, amaran, teguran dan juga turun pangkat. Ada lapan kesalahan,” jelasnya.

Vijaya Rao menjelaskan, pegawai dan anggotanya yang terlibat dengan dadah ditangkap ketika mereka berada dalam sebuah pusat hiburan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pemeriksaan terhadap pegawai dan anggota secara berkala termasuk melibatkan pasukan dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) atau Bukit Aman apabila mereka menerima maklumat.

Terdahulu, Vijaya Rao menyerahkan Sijil Penghargaan Ketua Polis Daerah kepada 31 orang warga IPD Klang Utara atas usaha gigih, komitmen serta kejayaan semua peringkat pegawai dan anggota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya