3 pengarah syarikat direman SPRM kemuka tuntutan palsu

3 pengarah syarikat direman SPRM kemuka tuntutan palsu

TIGA pengarah syarikat ditahan reman SPRM kerana mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman pasangan adik-beradik serta seorang individu di dua syarikat kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.

Menurut sumber, pasangan adik beradik yang berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu, berjawatan pengarah syarikat tersenarai awam dipercayai bersubahat bersama seorang lagi suspek wanita berusia 40-an yang juga pengarah di sebuah syarikat lain.

Pasangan adik-beradik itu dipercayai bersubahat bagi membuat 16 pembayaran kepada wanita berkenaan yang membuat tuntutan palsu sejak tahun 2020.

Susulan itu, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Januari setelah Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya