2 remaja perempuan maut motosikal bertembung Proton Waja - Utusan Malaysia

2 remaja perempuan maut motosikal bertembung Proton Waja

DUA pelajar SMK Pondok Upeh maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh di sini maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Rusa, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu, penunggang motosikal, Nur Humaira Mohd. Zaini, 17, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara itu, Nur Fatimah Salamahullah,17, yang membonceng motosikal itu pula meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Waja dalam perjalanan dari George Town ke Kuala Sungai Pinang.

”Apabila sampai di Jalan Sungai Rusa, Sungai Pinang semasa di jalan lurus, kereta itu telah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggangi dua pelajar tersebut dari arah bertentangan.

”Motosikal yang ditunggangi pelajar tersebut dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain ketika kejadian berlaku,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan tersebut, pemandu kereta yang merupakan seorang mekanik mengalami kecederaan di pipi kanan.

”Pemandu kereta dan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah dan lesen kenderaan bermotor (LKM) juga masih sah tempoh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya