2 kontena dikesan bawa e-sisa dari Amerika Syarikat

2 kontena dikesan bawa e-sisa dari Amerika Syarikat

SALAH satu daripada dua buah kontena diimport dari AS mengandungi e-sisa yang ditemui di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor. - FOTO IHSAN JAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan bahawa pihaknya berjaya mengesan dua buah kontena mengandungi sisa elektronik dari Amerika Syarikat (AS).

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, ia menambah penemuan buangan itu hasil pemeriksaan 13 buah kontena di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor minggu lepas.

“Dua daripadanya itu didapati ada sisa perkakasan komputer terpakai serta wayar yang dikategorikan sebagai buangan elektrik dan elektronik atau e-sisa kod SW110,” jelasnya.

Ini adalah kejayaan terkini JAS selepas berjaya menjumpai 38 pelet sisa yang sama dalam satu kontena di Terminal Butterworth Utara, Pulau Pinang pada 8 Disember tahun lalu.

Kebetulan, kontena itu diimport dari AS oleh sebuah syarikat tempatan beralamat di Klang namun tidak dapat dipastikan ia ada kaitan dengan kes baharu di Pelabuhan Barat pula.

Mengulas lanjut, JAS berkata, kesemua kontena tersebut pada mulanya ditahan pihaknya dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, namun pemeriksaan ke atas baki 11 buah kontena lagi mendapati isi di dalamnya cuma mengandungi barang untuk perdagangan jenis sekerap aluminium.

Notis Arahan dikeluarkan pada 16 Januari lalu kepada syarikat pengimport bagi memulangkan balik dua buah kontena mengandungi e-sisa ke lokasi asal di AS berdasarkan Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan selaras dengan perjanjian Konvensyen Basel 1989 di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Jika pengimport ingkar, tindakan mahkamah menurut Seksyen 34B akta yang sama boleh dikenakan dengan didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara maksimum lima tahun.

Sementara kontena selebihnya itu pula yang berisi sekerap aluminium sudah dirujuk terus kepada pihak Institut Penyelidikan dan Standard Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad.

JAS menegaskan pihaknya akan terus komited membanteras jenayah alam sekitar rentas sempadan dan mengelakkan Selangor dijadikan tempat pelupusan sisa oleh negara luar.

Malaysia antara 190 buah negara meratifikasi Konvensyen Basel yang berkuat kuasa kuasa pada 1992 lepas untuk mengekang pergerakan haram sisa berbahaya antarabangsa.

Sebaliknya, enam buah negara lagi enggan menandatangani triti berkenaan termasuk AS yang sering memilih negara miskin untuk pembuangan e-sisa dilupuskan penggunanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya