13 tapak sampah haram ditutup

13 tapak sampah haram ditutup

ANGGOTA penguat kuasa SWCorp Wilayah Persekutuan memantau dan memeriksa tapak pembuangan sampah haram di sekitar Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 13 tapak pembuangan sampah haram di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sebelum April depan.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, buat masa ini, pihaknya akan turun kesemua tapak itu bagi pemeriksaan dan pemantauan rapi.

Beliau berkata, semalam, tiga lokasi dilawati iaitu Kampung 8 Ekar, di bawah hentian rawat dan rehat (RNR) Segambut dan Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama.

“Kami akan memastikan tapak itu betul-betul bersih tanpa sedikit sampah ditinggalkan selain dipagari penuh dengan tali rentang dan kain rentang amaran dipasang dengan baik supaya dapat dilihat.

“Kami juga mahu supaya Unit Penguatkuasaan Kuala Lumpur membuat rondaan lebih kerap supaya lokasi kekal bersih dan kes pembuangan sampah secara haram oleh penjenayah alam sekitar tidak berulang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya juga mengingatkan supaya rondaan ke kawasan perumahan dan rumah-rumah yang sedang diubahsuai kerap dilaksanakan.

Ummi Kalthum berkata, pihaknya mendapati sisa binaan adalah sisa paling banyak dijumpai pada tahun lalu.

Menurutnya, mereka yang tertangkap dan disabitkan kesalahan boleh disiasat mengikut Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672).

“Akta itu membabitkan larangan terhadap pelonggokan, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran.

“Pelaku akan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya