107 PATI warga Indonesia diusir keluar dari Pelabuhan Tawau

107 PATI warga Indonesia diusir keluar dari Pelabuhan Tawau

PATI warga Indonesia yang diusir pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Tawau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 107 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia diusir keluar dari Pelabuhan Tawau semalam.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, PATI yang berusia antara 14 hingga 63 tahun itu diusir keluar dari Sabah melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

“PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua warga asing yang dihantar pulang telah selesai menjalani hukuman yang dikenakan mengikut akta Imigresen dan proses perundangan negara.

“Justeru, semua warga asing diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah, Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Mengulas lanjut katanya, operasi penghantaran pulang PATI itu adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua depot Imigresen di negeri ini.

Tambahnya, pihaknya akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan Penghantaran pulang PATI setelah mereka selesai menjalani semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya