1.6 juta babi diternak seluruh negara - JPV

1.6 juta babi diternak seluruh negara – JPV

TERNAKAN babi komersial di Malaysia sepanjang tahun lalu menunjukkan angka penurunan berbanding rekod pada tahun sebelumnya. - GAMBAR IHSAN JPV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya tiga buah negeri di Malaysia yang didapati masih kekal tiada industri penternakan babi secara komersial pada tahun lalu iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Menurut statistik terkini diterbitkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), haiwan itu juga langsung tidak diternak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Berdasarkan perangkaan agensi tersebut, secara keseluruhan dianggarkan sebanyak 1,665,560 ekor babi berjaya diternak di seluruh negara sepanjang tahun lepas, namun angka itu menurun sedikit berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah 1,672,995 ekor atau cuma defisit 7,435 ekor.

Perak sekali lagi muncul sebagai negeri penternakan babi paling besar di Malaysia pada 2022 lalu iaitu 560,987 ekor dengan menokok daripada hanya 555,705 ekor pada 2021.

Ini diikuti jirannya, Pulau Pinang iaitu 311,869 ekor; Johor (238,323); Selangor (222,160); Sarawak (199,850); Sabah (88,755); Melaka (38,314); Pahang (3,235) dan Kedah (1,438).

Negeri Sembilan pula terus kekal menjadi negeri paling sedikit menternak babi komersial di negara ini iaitu cuma 629 ekor sepanjang tahun lalu berbanding 848 ekor pada 2021.

Jumlah berkenaan diselaraskan semula daripada rekod sebelum ini iaitu 360 ekor susulan program pemutihan 19 buah ladang penternakan babi haram di seluruh negeri tersebut.

Pengurangan penternakan itu ekoran langkah tegas pelupusan yang dilaksanakan JPV secara besar-besaran bagi membendung penularan wabak demam babi Afrika.

Senario tersebut turut mengakibatkan trend pemakanan babi dalam kalangan penduduk Malaysia merosot kepada 233,921 tan berbanding 234,204 tan pada tahun sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya