Zahid tonton ‘live’ akhir Piala Dunia di medan selera

Zahid tonton ‘live’ akhir Piala Dunia di medan selera

AHMAD ZAHID Hamidi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di medan selera Bangi Square 2 dekat Putrajaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di sebuah medan selera dekat sini.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.55 malam turut mengejutkan kira-kira 1,000 pelanggan di lokasi tersebut yang dikenali sebagai Bangi Square 2.

Beliau yang tampak santai memakai jersi pasukan kebangsaan Perancis kelihatan teruja beramah mesra dengan pengunjung sebelum duduk menonton skrin gergasi disediakan.

Ahmad Zahid turut kelihatan ditemani cucu-cucu serta ahli keluarga beliau yang hadir menyaksikan perlawanan final edisi ke-22 piala tersebut antara Perancis dan Argentina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya