Warganet terkejut London kena salji tebal sebelum Krismas

Warganet Malaysia terkejut London kena salji tebal sebelum Krismas

SUASANA salji tebal luar biasa yang menyelubungi Kota London. - IHSAN DAILY MIRROR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Impak perubahan iklim sejagat bukan sahaja memberi kesan buruk kepada banyak negara miskin, malah tempias fenomena itu turut melanda negara maju.

Selain Korea Selatan yang kelmarin tular melaporkan salji tebal melitupi negara itu dalam situasi luar biasa, ibu negara Britain, London turut mengalami senario dahsyat tersebut.

Perkara itu didedahkan laman sosial popular tempatan berkaitan isu geografi global, Mat Geo menerusi hantaran terbaharu semalam yang hangat diperkata warganet Malaysia.

“London bukanlah kota yang kelaziman ditimpa salji saban musim dingin bermula Disember dengan kali terakhir direkodkan ialah pada 2017 lalu,” nukil pentadbir akaun berkenaan.

Perkara tidak dijangka hampir 10 juta penduduk ibu kota England itu menyaksikan suhu serendah negatif 7 darjah Celsius dan mengakibatkan ada tiga kes maut kerana sejuk beku.

Berdasarkan semakan Utusan Malaysia menerusi data rasmi Pejabat Meteorologi Britain, insiden kali ini yang popular disebut sebagai ‘White Christmas’ sebenarnya amat jarang.

Secara teknikal, agensi awam itu melaporkan kejadian sebegini sudah tidak berlaku lebih 20 tahun lalu manakala pada 2017 pula fenomena tersebut sekadar berskala kecil.

Di Britain, salji secara umum cenderung turun pada Januari dan Februari dengan rekod badan itu mendapati ‘White Chrstmas’ ada pada 1960, 1964, 1970, 1976, 1997 dan 1999.

Mengulas lebih lanjut, pentadbir Mat Geo menambah, warga London sebelum ini ‘kecoh’ apabila bandar raya kosmopolitan itu dilanda musim panas yang teruk pada Julai lepas.. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya