Warga emas maut terbabas masuk longkang - Utusan Malaysia

Warga emas maut terbabas masuk longkang

SEORANG warga emas maut selepas motosikal dinaikinya terbabas sendiri ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Rantau menghala ke Kampung Ribu, Kuala Sawah di Seremban. - GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas motosikal dinaikinya terbabas sendiri ke dalam longkang di Jalan Rantau menghala ke Kampung Ribu, Kuala Sawah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa, Wong Ah Chai @ Wong Kum Hoong, 81, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan pada pukul 8.45 pagi itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Rantau ke Kuala Sawah.

“Semasa melalui selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan menghala ke Kuala Sawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa yang gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh tajam.

“Akibat daripada kemalangan ini, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat,” katanya.

Menurut Nanda, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya