Wanita melecur tong gas memasak meletup - Utusan Malaysia

Wanita melecur tong gas memasak meletup

KEADAAN rumah teres dua tingkat yang rosak teruk selepas tong gas memasak meletup di Taman Sena Permai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Seorang wanita melecur hampir seluruh badan selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa dikatakan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak meletup sehingga memusnahkan rumah teres dua tingkat yang didiaminya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pukul 8.13 pagi.

“Setibanya di lokasi, kita dapati mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa keluar oleh jiran setempat.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama adik lelakinya bakal mendirikan rumah tangga bulan depan.

Mengulas lanjut beliau berkata, anggota bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.

“Letupan terbabit turut mengakibatkan sebuah kereta dan motosikal yang diletakkan di ruang hadapan rumah mengalami kerosakan.

“Setakat ini, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya