Umpama berada di Eropah

Umpama berada di Eropah

ROSNANI Nazri (kanan) dan Marzirah Marzuki bersantai sambil menikmati keindahan bunga kenaf dan bunga lalang di Lembah Chuping, Padang Besar, Perlis.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Seolah-olah berada di Mestrino, Itali. Itu suasana dengan pemandangan panorama indah dan memukau pokok bunga kenaf serta bunga lalang seakan-akan bunga lavender berwarna ungu.

Pemandangan indah berlatarkan Bukit Chabang itu dapat disaksikan di Lembah Chuping, di sini sekali gus menjadi lokasi menarik orang ramai merakam gambar yang memenuhi kawasan berkenaan khususnya pada waktu pagi dan sebelah petang.

Kawasan Ladang Kenaf berkenaan terletak di tepi jalan laluan utama ke Padang Besar manakala untuk melihat keindahan bunga lalang seperti bunga Lupine yang seakan-akan berada di Tasik Tekapo, New Zealand itu pula perlu memasuki laluan di Lembah Chuping sejauh kira-kira 500 meter.

Apa yang menarik, pemandangan tersebut membuatkan gambar yang dirakam pengunjung kelihatan seolah-olah seperti berada di luar negara.

Seorang pengunjung, Rosnani Nazri,38, berkata, pemandangan indah bunga kenaf dan bunga lalang berwarna ungu tersebut menjadi lokasi menarik untuk merakam gambar.

Kata pensyarah tersebut, melihat pemandangan yang cukup mempesonakan itu membuatkannya teruja untuk singgah merakam gambar dan video di lokasi berkenaan.

“Di Perlis ini cukup unik yang mempunyai banyak lokasi menarik dan indah. Kawasan bunga di sini antara salah satu lokasi menarik untuk merakam gambar.

“Apabila saya berkunjung dan mendekati sendiri kawasan tersebut, ternyata memang cantik dan berbeza daripada bunga lalang biasa yang saya pernah lihat sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Rosnani, lokasi tersebut juga dilihat sesuai bagi pasangan pengantin merakam detik indah mereka yang berlatarkan Bukit Chabang selain keindahan bunga di situ.

“Bunga kenaf berwarna putih kekuningan itu memberi kesan berbeza pada gambar sekali gus menghasilkan gambar yang lebih cantik dan sempurna,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Marzirah Marzuki,21, berkata, dia mengambil peluang sempena musim cuti persekolahan dengan mengunjungi kawasan berkenaan untuk merakam gambar.

“Bergambar di situ seolah-seolah seperti berada di luar negara. Perlis mempunyai banyak lokasi yang pemandangan cukup memukau,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya