Ulama, umara perlu bantu kerajaan didik umat Islam -PM

Ulama, umara perlu bantu kerajaan didik umat Islam -PM

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan para asatizah yang hadir pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mahu ulama dan umara serta guru-guru agama di negara ini mendidik dan menyebarkan dakwah kepada umat Islam selain turut mempertahankan tradisi ilmu dan akliah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau juga mahu seluruh sejarah Islam perlu dididik dengan kefahaman dan ditambah dengan kasih sayang.

Beliau berkata, setiap pimpinan negara sama ada Perdana Menteri mahupun menteri-menteri tidak boleh lepas daripada kerja asas untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Dalam kalangan fahaman Islam yang saya faham, kekuatan Islam sebenar adalah menyeluruh iaitu merentasi bukan sahaja manusiawi, haiwan, pohon-pohon, bukit bukau dan juga bumi.

“Umat Islam yang seimbang adalah umat yang mempertahankan kesederhanaan,” katanya ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

Katanya, kesederhanan itu juga merangkumi mereka yang tidak terburu-buru dengan kemarahan, menjatuhkan hukuman dan mengkafirkan serta merendahkan darjat orang lain, apatah lagi memfitnah.

Justeru, katanya, Kerajaan Perpaduan hari ini perlu menyelamatkan keadaan bagi meningkatkan darjat orang Melayu dan memartabatkan agama Islam di negara ini.

Anwar berkata, beliau yakin hasrat dan impian ini dapat dilakukan dengan pimpinan yang mempunyai ketegasan.

“Ia juga boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, meletakkan anak muda yang mempunyai kefahaman jelas untuk memimpin dan melalui sistem sekolah agama, pondok dan tahfiz.

“Bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan kefahaman membina dan bukan merobohkan. Memang senang untuk merobohkan tapi sukar untuk membina,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya