UiTM miliki mahasiswa OKU UA paling ramai di Malaysia

UiTM miliki mahasiswa OKU UA paling ramai di Malaysia

Roziah (tiga dari kiri) bergambar bersama tetamu khas pada Majlis Sambutan Hari OKU peringkat UiTM 2022 di UiTM Kampus Puncak Alam hari ini. ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR : Universiti Teknologi Mara (UiTM) memiliki seramai 387 mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) paling ramai dalam kalangan pelajar universiti awam (UA) di negara ini.

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd. Janor, sehingga September tahun ini, sebanyak 832 orang OKU telah berdaftar bersama Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM.

“Selain 387 mahasiswa OKU tersebut, seramai 81 orang adalah staf OKU dan 364 orang merupakan staf dengan tanggungan OKU UiTM,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari OKU peringkat UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam hari ini.

Pada tahun ini, temanya adalah “Penyelesaian Transformatif Untuk Pembangunan Inklusif: Peranan Inovasi dalam Memacu Dunia yang boleh Diakses Dan Saksama”.

Mengulas lanjut Roziah berkata,
inisiatif dan perkhidmatan yang diusahakan oleh pihak UPO UiTM berjaya meningkatkan kebolehnampakan warga OKU UiTM yang merangkumi Staf OKU, Staf ada Tanggungan OKU, Mahasiswa, serta Alumni OKU UiTM.

“Antara pencapaian UPO UiTM adalah melalui pelaksanaan inisiatif Tabung Cakna OKU UiTM, Bantuan Khas Warga OKU UiTM, penaiktarafan prasana dan fasiliti, serta penganjuran pelbagai program kesedaran dan pemerkasaan OKU. Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat bagi mahasiswa pekak merupakan antara sumbangan besar UPO yang sangat membanggakan.

“Pencapaian ini sekaligus merealisasikan dasar keterangkuman seperti yang terkandung di dalam ‘Sustainable Development Goal’ (SDG) ke-10 yang mensasarkan kesamarataan dalam semua aspek.

“Diskriminasi terhadap warga OKU perlu dihapuskan dan ruang untuk berkembang dan maju dari segi pencapaian individu sangat signifikan bagi menyokong pencapaian cemerlang UiTM,”katanya.

Buat pertama kali tahun ini, sebanyak tujuh kategori anugerah telah diwujudkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga OKU dan juga warga yang cakna OKU di UiTM .- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya