Tujuh negara luar meriahkan Kejohanan Golf Tourism Johor 2022 

Tujuh negara luar meriahkan Kejohanan Golf Tourism Johor 2022 

PARA peserta tempatan dan luar negara bergambar sebelum Kejohanan Golf Tourism Johor 2022 bermula di The Els Club Desaru Coast, Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Golf Tourism Johor 2022 edisi kelima yang berlangsung di The Els Club Desaru Coast, Johor pada 3 dan 4 Disember lalu, berjaya menarik 160 pemain tempatan dan luar negara.

Antara pemain luar negara yang menyertai kejohanan 36 lubang merebut Trofi Cabaran Tunku Panglima Johor itu ialah Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Australia, Afrika Selatan dan Indonesia.

Presiden Persatuan Golf Tourism Johor (JGTA), Kolonel Mohd. Jamal Salleh berkata, penganjuran kali ini berjaya menarik minat pemain dari tujuh negara luar seperti AS, UK, Belanda, Perancis, Australia, Afrika Selatan dan Indonesia.

ANTARA pemain luar negara yang memeriahkan Kejohanan Golf Tourism Johor 2022.

Mohd. Jamal berkata, JGTA sangat berbesar hati dengan kejayaan penganjuran pada edisi kali ini dan berterima kasih kepada rakan kongsi dan penaja selain penyertaan peserta tempatan dan luar negara yang memberi sokongan.

“Kejohanan ini menjadi bertambah rancak atas sokongan berterusan sekali gus menunjukkan industri pelancongan golf di Johor menjanjikan potensi yang besar pada masa depan.

“Kejohanan ini tidak akan berlangsung tanpa komitmen berterusan, sokongan dan penyertaan daripada Tourism Malaysia dan Tourism Johor selain rakan kongsi seperti Weststar Technics, Maxus, The Els Club Desaru Coast, Desaru Coast, MST Golf, 360 Hospitality, Titoni, Cobra & Gutty, Tan Radio, Yakult, Petronas, Desaru Fruit Farm, Qul Holdings (M) dan banyak lagi.

“JGTA juga sangat menghargai sokongan dan bantuan diberikan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Pengeran, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi dan Pejabat Kesihatan Bandar Penawar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Jamal, JGTA dengan rendah hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas perkenan dan sokongan padu baginda yang berterusan terhadap kejohanan berkenaan.

Dalam pada itu katanya, objektif utama kejohanan golf itu ialah untuk menyokong kempen Tourism Malaysia mengenai ‘Cuti Cuti Malaysia’ melalui acara golf dengan hasrat untuk merangsang industri pelancongan golf di Johor.

SHAHREL Iqubal Dom Ami (kanan) muncul juara keseluruhan kategori ‘Gross’ sekali gus berjaya merangkul Trofi Cabaran Tunku Panglima Johor.

 “Oleh itu, untuk menjadikan acara tahun ini lebih menarik buat julung kalinya JGTA menampilkan Festival Golf Pelancongan Johor yang telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pakej Pelancongan Malaysia, Ahmad Johanif Mohd Ali,” katanya.

Dalam kejohanan itu, pemain handikap tiga, Shahrel Iqubal Dom Ami muncul juara keseluruhan kategori ‘Gross’ sekali gus berjaya merangkul Trofi Cabaran Tunku Panglima Johor.

Juara keseluruhan bagi kategori ‘Nett’ pula dimenangi Muhammad Hanif Abu Bakar dengan handikap 14, sementara Johanis mengungguli Devisyen A bagi kategori Gross dan Nett menjadi milik Mohd. Nasharuddin Mat Nasir.

Devisyen B bagi kategori Gross dan Nett pula masing-masing dimenangi Mohd. Hamdan Saidon dan Zulkifli Ally sementara, Norhisham Hussein memenangi Gross Devisyen C dan Ahmad Fariq Omar memenangi Nett. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya