PETALING JAYA : Kertas siasatan membabitkan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada 16 Disember lalu kini dalam proses untuk dilengkapkan. Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, sebaik siasatan berkenaan selesai dilengkapkan dari pelbagai sudut barulah kertas siasatan itu dihantar ke Pejabat Peguam Negara (DPP) untuk tindakan selanjutnya. “Kita masih dalam proses untuk lengkapkan siasatan,” katanya. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebanyak 77 individu telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Kesemua mereka yang dipanggil terdiri daripada pengusaha dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya