Tindakan pecat tali barut, broker, bersihkan UMNO langkah tepat - Nur Jazlan

Tindakan pecat tali barut, broker, bersihkan UMNO langkah tepat – Nur Jazlan

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO membuat keputusan tepat dengan menggugurkan keahlian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berserta beberapa individu lain daripada terus berada dalam parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan itu kerana Annuar tidak ubah seperti tali barut yang menjadi jurucakap dan broker kepada kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu telah lama melakukan perkara itu seawal tahun 2018 selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang buat pertama kali dalam sejarah.

“Bagi saya, tindakan ke atas Annuar memang tepat kerana ahli UMNO perangai dia yang menjadi jurucakap, tali barut dan broker kepada pemimpin-pemimpin dalam Bersatu.

“Kerja-kerja dalang yang dilakukan oleh Annuar bukannya baru bermula. Sebenarnya selepas UMNO dan BN kalah pada 2018, dia bersama gengnya dah buat kerja-kerja licik di belakang parti.

“Sikap musang berbulu ayam Annuar makin terserlah apabila UMNO dan BN sekali lagi kalah pada PRU15 lalu. Annuar punyalah angkat dan bodek Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kaw-kaw dalam usaha dia mahu BN bekerjasama dengan PN (Perikatan Nasional) untuk bentuk kerajaan.

“Punyalah puji si Muhyiddin sampai dia terlepas cakap dia masuk bilik hotel Pengerusi PN itu untuk minta tolong bantu UMNO Sabah masa PRN negeri itu. Dia dengan bangga beritahu Muhyiddin berikan berjuta-juta ringgit untuk bantu UMNO Sabah. Wahhh memang Muhyiddin ni kaya sungguh ya.

“Sekarang ini dengar ceritanya Annuar tengah cuak bila dia terlepas cakap sebab tunggu masa je dia dengan Muhyiddin nak kena menghadap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata, bukan Annuar seorang dalam UMNO ketika ini yang seolah-olah musang berbulu ayam, sebaliknya ramai lagi pemimpin yang mempunyai perangai sama mahu menangguk di air keruh.

“Saya nak pesan kepada budak-budak UMNO yang baru ini, janganlah nak tunjuk hebat sangat dan mudah dipergunakan musang berbulu ayam yang memang ada cita-cita besar untuk penuhkan tembolok mereka.

“Sebaiknya kamu kalau nak berjuang dan cari tempat dalam parti, gunalah cara yang betul serta lebih berhemah. Tak payahlah jadi macai kepada orang yang khianat kepada parti dan kononnya berjuang untuk mengubah UMNO.

“Sepatutnya kamu berjuang ikut haluan parti dan bersama-sama pucuk pimpinan utama memperbaiki kelemahan parti. Jangan ikut orang yang tunjukkan ajaran sesat dan menongkah arus parti. Jangan ikut orang yang dah hilang kuasa atau bakal hilang kuasa,” katanya yang menyokong usaha membanteras sehabis-habisnya virus perosak dalam UMNO supaya parti boleh memberi fokus terhadap proses pemulihan semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya