Tiga teras Kertas Putih Pertahanan diberi keutamaan - Adly Zahari

Tiga teras Kertas Putih Pertahanan diberi keutamaan – Adly Zahari

ADLY Zahari ketika sesi perbahasan Bajet 2023 Melaka dalam Sidang DUN di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga teras merangkumi keselamatan negara, potensi ekonomi maritim dan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi keutamaan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari selepas beliau memulakan tugas rasminya, semalam.

Jelasnya, beliau bertanggungjawab membantu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan tiga teras dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) negara menjadi keutamaan.

Katanya lagi, selain aspek keselamatan, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai potensi blue economy atau ekonomi maritim.

“Jadi sudah pasti pertahanan maritim menjadi keutamaan kita juga. Itu antara teras kekuatan kita untuk pastikan keselamatan pertahanan negara. Pada masa kebajikan warga ATM turut menjadi keutamaan,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengikuti sesi perbahasan Bajet 2023 Melaka.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka itu melakukan kunjungan hormat ke atas Mohamad, sebaik tiba di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur sebelum mendengar taklimat disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz.

Turut serta dalam pembentangan tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya