Tiga rakyat Malaysia dijatuhi hukuman mati di Penjara Medan

Tiga rakyat Malaysia dijatuhi hukuman mati di Penjara Medan

MOHAMAD ALI Mohamad (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Edy Rahmayadi (tiga dari kanan) bersama Aiyub Omar (kanan) di kediaman rasmi Gabenor Sumatera Utara di Medan, Indonesia. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Sebanyak tiga daripada 19 rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Penjara Medan di sini dijatuhi hukuman mati sejak 2010 sehingga November tahun ini, atas kesalahan memiliki dadah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Aiyub Omar berkata, tiga lagi individu berdepan penjara seumur hidup manakala selebihnya pula dipenjara antara lima hingga 20 tahun.

“Kesemua rakyat Malaysia yang berada di Penjara Medan adalah atas kesalahan memiliki dadah,” katanya ketika ditemui sewaktu kunjungan hormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad ke atas Gabenor Sumatera Utara, Edy Rahmayadi.

Tambah Aiyub, bilangan kes pencerobohan nelayan Malaysia di perairan Riau dan Aceh juga semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Beliau berkata, hanya tujuh bot nelayan tempatan ditahan pihak berkuasa negara jiran itu berbanding 17 bot tahun lalu dan 28 bot pada 2020.

Jelasnya, kesemua yang ditahan tahun ini melibatkan nelayan dari Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak.

Menurutnya, tiga bot terlibat dilepaskan daripada dikenakan tindakan manakala empat lagi masih dalam siasatan.

“Penurunan mendadak kes pencerobohan nelayan kita berpunca daripada kesedaran kerana denda tinggi yang dikenakan pihak berkuasa Indonesia, terutama bagi nelayan yang menggunakan pukat tunda.

“Penggunaan pukat tunda diharamkan oleh Indonesia di bawah undang-undang dan sepanjang tahun ini, hanya tujuh bot nelayan kita ditahan berbanding dua tahun sebelum itu adalah tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya