Tiga kereta musnah bengkel terbakar - Utusan Malaysia

Tiga kereta musnah bengkel terbakar

Tiga kereta terbakar
KEADAAN kereta yang terbakar di bengkel itu di Jalan Matahari AA, Seksyen U5, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kebakaran sebuah bengkel mengakibatkan tiga kereta musnah di Jalan Matahari AA, Seksyen U5 di sini, awal pagi tadi.

Kemusnahan itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena, Mercedes dan Volkswagen.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.34 pagi.

Katanya, sepasukan 23 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan Sungai Buloh Klang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan bangunan kedai tiga tingkat kelas A itu. Kebakaran melibatkan bengkel kereta di tingkat bawah dan dianggarkan 50 peratus terbakar,” katanya.

Tambah Norazam, kebakaran berjaya dikawal pihaknya pukul 6.09 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Tiga kereta terbakar. Kejadian itu tidak melibatkan mangsa di lokasi tersebut. Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya