Tiada surat dihantar kepada Dewan Rakyat-Khairul Firdaus

Tiada surat dihantar kepada Dewan Rakyat-Khairul Firdaus

KHAIRUL FIRDAUS AKBAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah tidak menghantar sebarang surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat susulan tindakannya keluar parti.

Timbalan Menteri, Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, beliau tidak menghantar sebarang surat kepada mana-mana pihak bagi menjelaskan kedudukan dan status terkini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Khairul Firdaus yang merupakan bekas Ketua Penerangan Bersatu Sabah itu memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Tiada sebarang surat dikeluarkan,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai surat kepada Dewan Rakyat bagi menjelaskan status terkini.

Walau bagaimanapun, Khairul Firdaus enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Bersatu Pusat terhadap bekas ahli-ahli Parlimen Bersatu Sabah.

Malah beliau turut mengunci mulut mengenai dakwaan mereka telah menghantar surat keluar daripada Bersatu sejak Oktober lalu.

Khairul Firdaus antara empat ahli Parlimen GRS mengumumkan keluar daripada Bersatu pada 10 Disember lalu.

Tiga ahli Parlimen lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) Datuk Armizan Mohd. Ali (Papar), Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya