Tiada kompromi, kakitangan awam negeri kerja sambil lewa

Tiada kompromi, kakitangan awam negeri kerja sambil lewa

SULAIMAN Md. Ali berucap pada sesi penggulungan Bajet 2023 Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mendedahkan, beliau menerima banyak aduan berhubung sikap kakitangan awam negeri ini yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Justeru, beliau memberi amaran akan mengambil tindakan dan tidak bertoleransi sekiranya terdapat kakitangan awam negeri yang tidak memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tatacara bekerja.

Tegasnya, ingatan itu bukan sahaja ditujukan kepada kakitangan awam negeri, tetapi juga kepada ketua jabatan yang gagal menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

“Saya terima beberapa aduan apabila kita bermesyuarat di peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) sekalipun, ada ketua atau wakil jabatan yang tidak hadir. Malah hampir setahun lebih agensi berkenaan tidak hadir sewaktu mesyuarat itu.

“Saya tidak ada toleransi, pada yang tidak berminat bekerja di Melaka dipersilakan. Saya memberi amaran pada sidang dewan yang mulia ini saya akan ambil tindakan. Sila maklumkan kepada saya, kita buat kerja untuk rakyat,” katanya ketika ucapan penggulungan Bajet 2023 Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Tambah Sulaiman, beliau mahu setiap kerja atau tanggungjawab diberi perhatian yang sewajarnya oleh kakitangan awam negeri agar tidak menyusahkan orang lain.

“Tolong beri perhatian, jangan minggu ini yang datang orang lain, esok orang lain, bulan depan orang lain. Banyak kerja tertangguh sebab tiada jawapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya