Tengku Zafrul kini AJK UMNO Kota Raja - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul kini AJK UMNO Kota Raja

Tengku Zafrul Kota Raja
TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Kamaruzzaman Johari (dua, kanan) pada Majlis Apresiasi Jentera Parlimen BN Bahagian Kota Raja di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO Bahagian Kota Raja mengesahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Jawatankuasanya yang baharu.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari berkata,  perkara tersebut diumumkan dalam Majlis Apresiasi Jentera Parlimen Barisan Nasional (BN) Bahagian Kota Raja, di sini malam tadi.

“Pelantikan Tengku Zafrul diyakini akan dapat menguatkan lagi kedudukan UMNO Bahagian Kota Raja.

“Beliau memang ahli UMNO Bahagian Kota Raja. Kehadiran beliau akan mengukuhkan lagi parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu Tengku Zafrul dilantik sebagai Bendahari BN Selangor.

Jelasnya lagi, kehadiran bekas Menteri Kewangan itu dilihat dapat memberikan manfaat kepada penduduk kawasan tersebut selain Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Ya sekarang ada dua menter i (Mohamad Sabu dan Tengku Zafrul) di kawasan Kota Raja biarpun dari parti berlainan namun kedua-duanya dalam satu kerajaan,” ujarnya.

Sebelum ini Tengku Zafrul menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kawasan Parlimen Kuala Selangor, bagaimanapun tewas dalam pertembungan sengit dengan penyandangnya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya