Tengku Zafrul dahului senarai penerima darjah kebesaran - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul dahului senarai penerima darjah kebesaran

Zafrul Selangor
TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz, menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menerima darjah kebesaran SPMS yang membawa gelaran Datuk Seri di Balairung Seri Istana Alam Shah di Klang, Selangor, hari ini. - FOTO / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, mendahului senarai 104 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) daripada baginda yang membawa gelaran Datuk Seri dalam satu istiadat diadakan di Istana Alam Shah.

Turut menerima darjah sama adalah Presiden Kumpulan Perdana Parkcity Sdn. Bhd. yang juga Pengerusi Eksekutif Samling Strategic Corporation, Datuk Seri Yaw Chee Ming.

Terdahulu, Tengku Zafrul menjadi sebahagian daripada 26 orang yang mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Selangor pada PRU15 19 November lalu, walau bagaimanapun tewas kepada penyandang, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Namun, beliau dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang portfolio di kementerian tersebut dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua pada Sabtu, 3 Disember lalu.

Laporan lanjut menyusul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya