Tempahan hotel di Melaka kian rancak

Tempahan hotel di Melaka kian rancak

KEBANYAKAN hotel di Melaka menerima tempahan penginapan antara 50 hingga 75 peratus bagi musim cuti persekolahan yang bermula minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kebanyakan hotel di negeri ini menerima tempahan penginapan antara 50 hingga 75 peratus bagi musim cuti persekolahan yang bermula minggu ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik Hotel La Crista, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, berlaku peningkatan tempahan hampir 15 peratus berbanding bulan lalu dan pihaknya menjangkakan semua bilik akan habis ditempah menjelang sambutan Krismas hujung tahun ini.

ROSTHMAN IBRAHIM

Menurutnya, tempahan yang diterima bukan hanya daripada orang perseorangan bagi tujuan pelancongan keluarga malah turut membabitkan syarikat-syarikat swasta dengan skala besar.

“Tahun ini tempahan bilik sangat memberangsangkan, jika hendak dibandingkan tempoh sama tahun lalu.

“Kami banyak menerima tempahan seminar dan mesyuarat, di samping mereka yang berkeluarga. Tempahan adalah daripada pelancong domestik dan tidak banyak pelancong luar negara,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Hotel MITC, Sazali Sabri berkata, kemasukan pelancong dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand juga amat memberangsangkan di mana hotelnya yang beroperasi di luar kawasan tumpuan turut menjangkau lebih 50 peratus tempahan.

SAZALI SABRI

“Tahun lalu kita banyak menerima tempahan penginapan bilik domestik tetapi kali ini kita menerima banyak kedatangan pelancong dari luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Banyak yang membuat tempahan secara dalam talian iaitu hampir 60 peratus manakala bakinya adalah melalui panggilan telefon,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya