Tanding Presiden UMNO: Khairy hanya jawab 'let see'

Tanding Presiden UMNO: Khairy hanya jawab ‘let see’

ZALIHA Mustafa (dua kiri) menerima serah tugas daripada Khairy Jamaluddin di KKM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Let see (tengok nanti),” kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Sejurus ditanya soalan itu, Khairy  terlebih dahulu menyambut soalan itu dengan gelak ketawa sebelum menjawab ‘let see’ (tengok nanti) dan tidak mengulas lanjut mengenainya.

Ketika berucap pada pentas ceramah pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh pernah menyatakan hasrat secara terbuka untuk memimpin UMNO suatu hari nanti.

Dalam ucapan itu, Khairy menyatakan  beliau berhasrat untuk memimpin UMNO serta mahu menjadi Perdana Menteri dan kemudian akan membangunkan negara.

Ia bukan kali pertama Khairy menyatakan dengan jelas untuk menjawat jawatan tertinggi UMNO itu malah beliau pernah bertanding merebut jawatan itu pada pemilihan parti pada 2018 ketika bergelar Ketua Pemuda UMNO.

Ketika itu, perebutan jawatan presiden membabitkan pemangku Presiden ketika itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada pemilihan itu, Ahmad Zahid menang dengan 93 undi meninggalkan Khairy jauh dibelakang dengan 51 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya