GENTING SEMPAH: Laluan ke lokasi ke kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali ditutup untuk keselamatan orang awam oleh pihak berkuasa.
Menurut pihak berkuasa, perkara itu susulan kesan tanah runtuh di atas jalan berhampiran lokasi.
Katanya, hanya laluan utama Sungai Tua-Ulu Yam boleh dilalui ke lokasi kejadian.
Utusan Malaysia difahamkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam perjalanan ke lokasi.
Dilaporkan, kejadian tersebut berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.
Sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.
Dipercayai dua maut manakala 51 lagi masih belum ditemukan dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali, pagi ini. – UTUSAN